Return to Website

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong

Selamat Datang, ke forum agama Laman Web BIST. Awda di alu-alu kan untuk ikut serta dalam forum ini yang hanya di khusus kan berbentuk soal-soal agama sahaja. Sebarang topik yang berkait dengan keganasan, sex, politik atau topik yang keluar dari soal ugama adalah di larang sama sekali. Penyebaran agama lain atau bukan ahli sunnah waljamaah di larang keras sama sekali. www.sengkarai.com

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong
Start a New Topic 
Author
Comment
sila beri jawapan..

assalamualaikum...
saya mempunyai satu masalah yang telah lama saya simpan.saya mempunyai minat terhadap aktiviti lasak terutamanya mendaki gunung. tujuan saya mendaki adalah untuk melihat kebesaran allah dan setiapkali saya berada dipuncak gunung, saya akan berasa kerdilnya diri ini dan dapat melihat betapa hebatnya kekuasaan allah yang mencipta alam yang luas ini.
ibu saya tidak bersetuju dengan aktiviti yang saya lalukan ini. katanya terlalu sosial dan dia membayangkan yang sikap saya ini seperti apa yang ditonton di dalam tv. lelaki akan membantu menarik tangan atau pun menolak perempuan untuk naik ke suatu tempat yang tinggi dan katanya saya melakukan maksiat. saya telah berkali2 menyatakan kepadanya yang saya tidak pernah berkelakuan begitu. sepanjang 3 tahun saya terlibat dlm aktiviti ini, tidak pernah saya berpegang tangan atau ada lelaki yang membantu saya naik atau turun ketika mendaki. semuanya saya lakukan dengan kudrat saya sendiri. beliau mengatakan yang aktiviti saya ini tidak berfaedah. saya mengatakan tujuan sebenar saya mendaki bukan untuk bersuka ria..tetapi adalah untuk melihat kekusaan allah kerana ketenangan yang saya kecapi ketika melihat alam dari puncak gunung adalah satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan.saya tidak pernah meniggalkan sembahyang walau dalam keadaan apa sekali pun, bila masuk waktu, kami akan berhenti di kawasan ada air dan sembahyang. bekalan air utk air sembahyang memang sentiasa ada sekiranya kami terpaksa berhenti di kawasan yang tiada sumber air.insyaallah..setakat ini, saya masih belom meninggalkan sembahyang sepanjang saya mengikuti aktiviti mendaki.
adakah berdosa aktiviti yang saya lakukan ini?bagaimanakah hukum yang sebenarnya menyertai aktiviti sebegini? adakah ianya berdosa kerana saya berjalan tanpa muhrim walaupun saya bersama dengan 5 peserta perempuan yang lain di dalam kumpulan yang ada lelaki yang memang saya percayai memandangkan kami telah lama kenal? saya mengharapkan jawapan dan nasihat dari kalangan orang yang mengetahui hal hukum agama dengan sebaiknya. jika perbuatan saya ini melanggar hukum allah, apakah yang harus saya lakukan untuk terus meyertai aktiviti ini dengan mengikut hukum allah?
insyaallah..harap ada yang dapat membantu

Re: sila beri jawapan..

waalaikum salam, samantara alum ada orang yang mamabari komen tantang soalan sidayang, kasian jua ku ..baik tah aku sadikit sabanyak mambari pandangan (dari sudut pandangan sendiri..personnel comment) tidak ada sangkut paut dengan mana2 fatwa atau ajaran2 ugama katani.
1. Taruskan saja minat si dayang atu, ianya sangat mancabar dan inda banyak bini2 macam sidayang dapat di itung dangan jari....tahniah...yang panting nya disini dang NAWAITU>>>..niat sidayang yang bersih untuk melihat keajaiban ciptaan yang maha kuasa, dan untuk bersukan menyihatkan tubuh badan sidayang.
2. Yang panting nya sidayang mesti manutup aurat saperti yang telah di persyaratkan didalam ugama katani.
3. Kalau ada marsama muhrim sidayang lagi baik, akan tatapi kalau pun indada muhrim sidayang yang MINAT , cukup tah saja ada bini2 lain yang bersama mandangani.
4. Kalau mama sidayang inda barapa satuju akan kegemaran si dayang atu...barang kali ia takut anak kasayangan nya tagugurkah...atau pun tagalinchirkah atau pun dipatuk ularkah, dan bermacam2 lagi yang di takutinya ...almaalom lah dang kan ia mama sidayang masti tah ia takut sasuatu yang inda diinginkan tarjadi arah sidayang...pasalatu tah kali ia inda megalakan atau inada mayuruh. Akan tatapi kalau sidayang manarangkan dengan satarang-tarang nya atau sajelas-jelasnya dengan ber lamah lambut, bersopan santun ...dan waktu ia baik mood ..jangan susah ati masti DIBANARKANNYA TU....SEKIAN WASALLAM..kalau ada perkataan yang terkasar dan kurang supan maafkan saja.inda di senghajakan...dan lagi bahasa yang ku gunakan bercampur (bahasa biasa dan dailog kabarunaian)...t.kasih.