Return to Website

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong

Selamat Datang, ke forum agama Laman Web BIST. Awda di alu-alu kan untuk ikut serta dalam forum ini yang hanya di khusus kan berbentuk soal-soal agama sahaja. Sebarang topik yang berkait dengan keganasan, sex, politik atau topik yang keluar dari soal ugama adalah di larang sama sekali. Penyebaran agama lain atau bukan ahli sunnah waljamaah di larang keras sama sekali. www.sengkarai.com

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong
Start a New Topic 
Author
Comment
all

bagaimana untuk menjadi seorang ummah yang cemerlang

Keunggulan umat Islam melalui perpaduan

JATUH dan bangunnya sesebuah negara berkait rapat dengan perpaduan dan kesatuan ummah yang menjadi teras kepada kestabilan negara. Ini adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dari segi realiti kehidupan dan kewarasan logik akal.

Oleh itu, tidak hairanlah ada pepatah Melayu berbunyi Bersatu Teguh Bercerai Roboh. Ini diperkuatkan lagi dengan sejarah tamadun manusia yang banyak menyaksikan jatuh dan bangunnya sesebuah negara sejak zaman-berzaman.

Adalah didapati umat Islam masih lagi tidak bersatu dalam segala segi. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila umat Islam saling bercakaran dan bermusuhan yang akhirnya mendatangkan padah kepada diri sendiri. Umat Islam sedia maklum bahawa Islam adalah addin yang mengutamakan kesatuan dan perpaduan ummah seperti yang pernah dijalin oleh Rasulullah di kalangan masyarakat Arab yang mengandungi kaum Muhajirin dan Ansar satu ketika dulu.

Justeru, mereka mampu dan berjaya mencipta keunggulan dan kejayaan dalam segala aspek kehidupan selaras dengan kedudukan mereka sebagai Khairun Ummah dan Ummatan Wasathan.

Sekiranya merujuk kepada al-Quran dan hadis, memang banyak nas yang menganjurkan umat Islam agar sentiasa memelihara kesatuan dan perpaduan ini. Antaranya, firman Allah dalam surah Al Imran, ayat 103: "Dan berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai; dan kenangi nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (sewaktu jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara.

Rasulullah pernah melukiskan kepada umat Islam akan kesatuan dan perpaduan orang Islam bagi mencerminkan betapa mantapnya dan eratnya kesatuan umat Islam dengan bersabda: "Ibarat seorang mukmin dengan mukmin yang lain ialah sebuah binaan daripada bahan yang saling sokong-menyokong antara satu dengan lain sehingga tercipta sebuah binaan." (Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah dalam hadis yang lain: "Kamu akan lihat orang Islam dalam kasih sayang mereka, lemah-lembut mereka dan kasihan belas mereka umpama seperti tubuh badan, jika ada anggota badan yang mengadu sakit, maka seluruh anggota badan yang lain turut merasainya dengan sakit demam dan berjaga malam." (Riwayat Bukhari)

Berdasarkan kepada nas itu, adalah disimpulkan betapa Islam mengutamakan perpaduan ummah. Suasana perpaduan dibuktikan sendiri oleh generasi Rasulullah dan sahabatnya sehingga mereka mampu melakarkan sejarah sebagai umat yang terbaik.

Ini bukan perkara yang mustahil untuk mengulangi lipatan sejarah yang pernah terukir dengan syarat kembali kepada Islam yang fitrah. Sempena kedatangan alaf baru, marilah setiap pihak mengambil iktibar daripada sejarah kegemilangan mereka dan pada masa yang sama cuba memulihkan kembali maruah dan seterusnya membina kembali perpaduan ummah.

Menyedari kepentingan perpaduan bagi menjamin kestabilan dan keutuhan sesuatu umat dalam mengharungi gelombang hidup yang penuh pancaroba, adalah amat wajar menjana kesatuan dan perpaduan yang utuh di kalangan orang Islam sendiri.

Dalam hal ini, Allah menegaskan dalam al-Quran bahawa persaudaraan dan kesatuan umat Islam adalah antara ciri-ciri dan kriteria orang yang beriman kepada Allah taala sebagaimana Firman-Nya surah Al Hujurat, ayat 10: "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara saudara kamu dan bertakwalah kamu kepada Allah agar kamu diberi rahmat."

Pada masa yang sama juga, Allah memberi peringatan supaya sesiapa manusia supaya memelihara perpaduan dan kesatuan ummah serta menjauhkan sama sekali sebarang permusuhan dan perbalahan yang boleh menyebabkan perpecahan yang boleh menghancurkan negara. Allah berfirman dalam surah Al Anfal, ayat 46: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan jangan kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang yang bersabar."

Perpaduan dan kesatuan yang terjalin dan terpintal hendaklah bertapak di atas dasar Islam kerana hanya Islam saja agama perpaduan dan seterusnya menjamin kesatuan yang mantap lagi utuh serta tidak mudah goyah dalam apa jua bentuk dugaan dan cabaran. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Al Imran, ayat 103: "Dan berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai."

Mafhum ayat itu menghuraikan betapa perlu perpaduan dibina atas dasar Islam yang fitrah dan jangan sama sekali membiarkan apa jua bentuk dan anasir luar yang boleh meretak seterusnya menghakis kesatuan ummah yang mana akhirnya hanya membawa kehancuran dan kemusnahan yang nyata kepada umat Islam sendiri. >>>>>>Continued

Re: Keunggulan umat Islam melalui perpaduan

Oleh itu, umat Islam perlu dan semestinya memupuk unsur yang membawa perpaduan dan kesatuan ummah yang kukuh seperti bersaudara atas dasar Islam, berkasih sayang, saling nasihat menasihati, bantu-membantu dan saling ziarah- menziarahi bagi mengukuhkan lagi perpaduan ummah.

Ini amat penting bagi umat Islam, lebih-lebih lagi sewaktu berada di ambang alaf baru yang menuntut lebih banyak persediaan dan kesungguhan dalam menobatkan kegemilangan dan kecemerlangan dalam segala aspek kehidupan.

Sehubungan ini, Rasulullah pernah bersabda: "Jangan kamu berdendam kesumat, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu berpaling muka, jangan kamu pulau- memulau, sebaliknya hendaklah kamu bersaudara. Adalah tidak harus bagi seseorang Muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi tiga hari." (Bukhari dan Muslim)

Rasulullah menyediakan resepi ke arah mengukuhkan perpaduan ummah dengan bersabda: "Demi nyawaku di bawah genggaman Allah! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu kalau aku tunjukkan kepada kamu satu perbuatan, apabila kamu lakukannya kamu akan berkasih sayang? iaitu ucapkan salam sesama kamu." (Muslim)

Setiap umat perlu berusaha merealisasikan cita-cita menggarap perpaduan dan kesatuan ummah sebagaimana yang pernah ******** oleh generasi umat Islam terdahulu. Oleh itu, setiap umat perlu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Mereka juga mesti memelihara perpaduan dan kesatuan ummah supaya terus utuh dan kukuh sepanjang masa dengan bekalan ilmu yang mantap dan sinaran keislaman yang tidak pernah pudar.

Dengan adunan ini, ia mampu mencorakkan umat Islam ke arah sebuah ummah yang cemerlang dalam segala segi.

Re: all

sng je 2. ko jdkan la al-quran n al sunnah sbg ptnjk n panduan dlm hdp ko.