Return to Website

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong

Selamat Datang, ke forum agama Laman Web BIST. Awda di alu-alu kan untuk ikut serta dalam forum ini yang hanya di khusus kan berbentuk soal-soal agama sahaja. Sebarang topik yang berkait dengan keganasan, sex, politik atau topik yang keluar dari soal ugama adalah di larang sama sekali. Penyebaran agama lain atau bukan ahli sunnah waljamaah di larang keras sama sekali. www.sengkarai.com

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong
Start a New Topic 
Author
Comment
perlu penjelasan segera?

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh,

Saya ada beberapa kemusykilan yang tersebut di bawah, saya amat berharap mendapat pandangan saudara tentang hal demikian.

1. saya selesai solat lalu terkentut dan semasa melangkah keluar dari tikar sejadah, saya terus memakai selipar ditepi sejadah saya untuk pergi mengambil wuduk. Bolehkah saya tidak membasuh anggota wuduk saya iaitu kedua-dua kaki kerana saya yakin bahawa saya tidak memijak apa-apa yang boleh membatalkan anggota wuduk kaki semasa pergi mengambil wuduk kali kedua? Adakah masih sah wuduk pertama pada anggota kaki saya padahal saya berselipar semasa melangkah keluar dari sejadah saya?

Saya bertanya kerana terdapat satu hadis nombor 167 dalam sahih muslim jilid pertama bab bersuci yang berbunyi begini “dari ibnu mughirah dari bapanya, katanya: “ ketika aku beserta rasulullah s.a.w dalam perjalanan malam, beliau bertanya kepadaku. “adakah anda bawa air?” jawabku : “Ada” . Maka, beliau turunlah dari kenderaannya dan berjalan sampai menghilang di dalam gelap; kemudian beliau datang lalu aku tuangkan kepadanya air dari kendi. Maka dibasuhnya mukanya, sedang ketika itu beliau memakai jubbah bulu dan kerana kecil lengannya, beliau tidak dapat mengeluarkan tangan sehingga terpaksa menangalkan jubbah itu, kemudian dibasuhnya 2 tangannya dan menyapu kepala. Kemudian saya membungkuk untuk mencabut Khufnya(selipar). Beliau berkata : “biarkanlah, kerana kedua-duanya kupakai dalam keadaan bersih.” Lalu beliau cukup menyapu di atas khufnya saja”

• khuf = khuffaih/selipar dua lapis yang dipakai musim dingin. Bila hendak sembahyang ditinggalkan lapisan yang sebelah bawah. Dan yang disapu waktu berwudhuk ialah bahagian atas sepatu yang sebelah dalam.

2. bolehkah seseorang yang berjunub pada waktu malam hasil selesai jimak dan hanya berwuduk tanpa mandi junub terus membaca ayatul kursi dan akhir ayat dari suroh al-baqaroh dengan niat berdoa untuk tidur malam?




wassalam,

Re: perlu penjelasan segera?

assalamualaikum...
ana rasa saudara telah tersalah faham.
khuf adalah sejenis kasut tahan lasak dan ia dipakai hingga ke buku lali.pada zaman sekarang ia ******** sebagai but untuk kerja lasak.
sebab mengapa tidak perlu membuka khuf kerana ia sukar untuk ditanggalkan. jika saudara memakai selipar,ia tidak menjadi masalah utk saudara membasuh kaki.sekian sahaja.wassalam..... :)