Return to Website

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong

Selamat Datang, ke forum agama Laman Web BIST. Awda di alu-alu kan untuk ikut serta dalam forum ini yang hanya di khusus kan berbentuk soal-soal agama sahaja. Sebarang topik yang berkait dengan keganasan, sex, politik atau topik yang keluar dari soal ugama adalah di larang sama sekali. Penyebaran agama lain atau bukan ahli sunnah waljamaah di larang keras sama sekali. www.sengkarai.com

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong
Start a New Topic 
Author
Comment
Pertanyaan memeningkan

Assalamualaikum!

Saya ada terdengar orang bercerita tentang orang kafir yang menanyakan ulama' dengan soalan ini:-
Bolehka tuhan kamu mencipta batu yang beratnya sampai tuhan kamu sendiri tak boleh memikulnya? Saya tidak pasti akan jawapannya. Jadi tolonglah jawabkan.

Re: Pertanyaan memeningkan

6 pertanyaan Imam Ghazali



Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya :

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, kawan, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati"

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling betul adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata ImamGhozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah"Nafsu" (Al A'Raf 179).

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72).

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".

Re: Re: Pertanyaan memeningkan

maafkan saya tapi soalan yg kelima itu seperti tidak lengkap jawapannya.meninggalkan apa?

Re: Pertanyaan memeningkan

Tanya kepada mereka, kenapa tuhan hendak menjadikan batu, sehingga tidak terpikul oleh tuhan itu sendiri.

Tuhan hanya bertindak mengikut sunnah nya tersendiri.
Tuhan menjadikan benda-benda/makluk, dalam dunia ini ada feadah yang tersendiri.
Dia tidak jadikan dunia dan isinya hanya untuk sia-sia sahaja.
Angkat batu itu kan kerja sia-sia?
Tiada suatu bendapun, tidak boleh diangkat oleh tuhan
Malah tuhan sudah sediakan alam cerkawala ini,yang meliputi bulan,matahari dan planet-planetnya semuanya dibawah asy'ra nya, bukan kah sudah berat?semuanya kerja ringgan bagi tuhan,seberat mana sekalipun tetap tidak terjejas kpd tuhan.
Pertanyaan semacam itu hanya dibuat oleh manusia sahaja.Di mana agaknya tuhan?Besar mana?Macam kita ke?