Return to Website

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong

Selamat Datang, ke forum agama Laman Web BIST. Awda di alu-alu kan untuk ikut serta dalam forum ini yang hanya di khusus kan berbentuk soal-soal agama sahaja. Sebarang topik yang berkait dengan keganasan, sex, politik atau topik yang keluar dari soal ugama adalah di larang sama sekali. Penyebaran agama lain atau bukan ahli sunnah waljamaah di larang keras sama sekali. www.sengkarai.com

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong
Start a New Topic 
Author
Comment
muzik HARAM dalam lagu DAKWAH

Assalamualaikum...



al-hamduliLlah, sekarang di Malaysia industri hiburan nasyid (dakwah) semakin berkembang.tapi, yang membuatkan saya confuse ialah penggunaan muzik yang dikatakan haram di dalam lagu2 ini seperti alat muzik yang bertali (gitar).alasan penggiat2 nasyid ini adalah bagi menarik minat golongan muda terhadap lagu2 dakwah.selain itu, menurut mereka, hukum haram itu hanya bersandarkan pada khilaf ulama' semata2.



tetapi, saya pernah terbaca hadith (walaupun hadith dhaif) berkenaannya pengharaman alat2 muzik bertali & bertiup ini kerana pada zaman dahulu ianya digunakan di dalam majlis arak.



apapun, bagi saya, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...



SESIAPA YANG ARIF...tolonglah utarakan hujah2 anda...

Re: muzik HARAM dalam lagu DAKWAH

Assalamu'alaikum warahmatullahi Ta'ala wabarakatuh..

Ustazah saya cakap, muzik haram tu ialah yang boleh melalaikan manusia hinggakan alpa akan tanggungjawab seharian, misalnya lewat menunaikan solat,..Apatah lagi jika orang perempuan yg menyanyikan lagu nasyid walaupun ianya dlm kateogori dakwah.Sedangkan orang perempuan yg bermusabaqah di khalayak ramai pun BERDOSA BESAR! sebab ia dipandang AURAT....

Re: Re: muzik HARAM dalam lagu DAKWAH

pada pendapat saya, mendengar lagu - lagu dakwah itu lebih baik , walaupun menggunakan alat elektronik , terpulang pada kita hendak mendengar unsur agama dan membesarkan kebesaran allah, dan ianya pucuk pangkal
hati anda sendiri, kalau niat tak baik ianya akan menjadi tak baik dan kalau ingat baik ianya akan jadi baik asalkan kita tidak memyimpang mana - mana akidah dalam agama islam . wallahualam