Return to Website

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong

Selamat Datang, ke forum agama Laman Web BIST. Awda di alu-alu kan untuk ikut serta dalam forum ini yang hanya di khusus kan berbentuk soal-soal agama sahaja. Sebarang topik yang berkait dengan keganasan, sex, politik atau topik yang keluar dari soal ugama adalah di larang sama sekali. Penyebaran agama lain atau bukan ahli sunnah waljamaah di larang keras sama sekali. www.sengkarai.com

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong
Start a New Topic 
Author
Comment
View Entire Thread
Re: berikan pendapat


Sudah menjadi tabiat pihak imperialis untuk tidak memberikan kemerdekaan tanpa meninggalkan warisan-warisan yang perlu diteruskan oleh anak didik mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa, mana-mana negara yang tidak mahu mengekalkan warisan mereka akan diperangi sehingga warisan imperialisme itu diteruskan.



Imperialis menjajah negara-negara Islam dengan membawa pemikiran sekular bersama. "Tzar is for Tzar and God is for God." Kehidupan beragama itu perlu diasingkan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Atau dalam ayat yang lebih mudah, mengasingkan kehidupan agama dan dunia.



Islam dari konteks sekular adalah peribadatan yang hanya dilakukan di tempat-tempat beribadah. Di luar masjid dan surau-surau, Islam itu hanya menjadi syiar-syiar dan dipusat-pusatkan serta dijabatankan. Islam tidak lagi mentadbir kehidupan, tetapi kehidupan yang mentadbir Islam.



Ulama selaku individu yang mempunyai kefahaman agama yang dalam, tidak boleh mencampuri urusan politik kerana ulama itu kerjanya hanya di masjid dan di surau-surau. Ulama yang mencampuri urusan politik itu akan dikatakan sebagai bukan ulama yang tulen kerana ulama tidak perlu kepada kuasa. Maka serahkanlah kepada ahli politik sahaja urusan politik.



Perkembangan pemikiran sekular menjadi lebih luas dengan kejayaan imperialis menguasai sistem pendidikan. Sistem pendidikan adalah faktor yang memainkan peranan yang besar dalam membentuk sesuatu budaya masyarakat untuk jangka masa yang panjang. Pendidikan Islam yang sebenar adalah pendidikan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Segala ilmu sains, matematik, geografi, sejarah, ekonomi, undang-undang dan sebagainya perlu diselaraskan mengikut panduan al-Quran dan al-Sunnah. Konsep sekolah kebangsaan pada waktu pagi dan sekolah agama pada waktu petang merupakan konsep sekular yang telah diperkenalkan di Tanah Melayu sejak zaman imperialisme. Dan konsep ini diteruskan lagi oleh pemimpin-pemimpin didikan mereka sehinggalah ke hari ini. Malah, hari ini lebih hebat lagi, sekolah-sekolah agama telah dicop sebagai tempat mengeluarkan pengganas, golongan ekstrem, dan yang paling sedih, sekolah agama dikatakan tidak lagi mengajar Islam yang sebenar.



Apakah itu Islam? Islam itu ialah satu cara kehidupan yang syumul yang mencakupi seluruh aspek kehidupan yang berteraskan ketauhidan kepada Allah swt.



Apabila institusi-institusi agama menyentuh perihal politik dan pentadbiran, maka intitusi tersebut bukanlah lagi tempat mengajar agama yang sebenar. Barangsiapa yang berfikir sedimikian, ketahuilah pemikiran sekular telah masuk dalam diri kita.



Islam itu adalah hak Allah swt. Islam itu disampaikan kepada manusia menerusi para Rasul. Setelah tiada lagi Rasul diutuskan, maka ulama ada pewaris para rasul. Maka kehidupan kita pada hari ini perlu dipimpin oleh ulama bagi memastikan kehidupan kita ini lebih sempurna.



Persoalan yang timbul hari ini adalah, siapakah itu ulama? Maka ulama itu semestinya mereka yang memahami al-Quran dan al-Sunnah dengan sepenuhnya. Sekiranya, seorang itu bekerja sebagai seorang doktor, peguam, akauntan, jurutera dan sebagainya, dia juga boleh menjadi ulama dengan syarat dia itu berkemampuan memahami al-Quran dan al-Sunnah dengan sepenuhnya.



Tetapi, disebabkan sekularisma yang dilakukan di dalam sistem pendidikan kita, maka amat sukar seorang doktor yang mampu menjadi ulama, ataupun seorang ulama yang bekerja sebagai jurutera. Maka disebabkan inilah, timbul seruan kepada, "Mengulama'kan intelektual dan mengintelektualkan ulama'." Maka apabila seruan ini timbul, golongan yang tidak mempunyai autoriti dalam mengeluarkan hujah dalam hukum-hakam, seharusnya senyap dan menghormati golongan yang berilmu agama. Ini tidak, sudahlah jahil, ditambah pula dengan kesombongan dengan merendah-rendahkan status ulama'.



Maka inilah yang seharusnya difahami oleh semua orang. Mengapa pemberhentian bantuan per-kapita Sekolah Agama Rakyat perlu dipandang serius? Mengapa timbul isu pelajar lepasan al-Azhar dikatakan ekstrim? Ini kerana mereka-mereka inilah sebagai tonggak kekuatan Islam yang mampu merungkai cengkaman sekular dari kehidupan umat Islam. Isu-isu pendidikan agama ini merupakan natijah kepada pemikiran sekularisme yang tebal di kalangan umat Islam iaitu, agama mesti diasingkan dari kehidupan dunia.



Barangsiapa yang ingin kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah, itu lah yang akan digelar fundamentalist, ekstrimist, terrorist, jumud dan sebagainya. Tetapi sekiranya dengan gelaran itu, Allah redha kepada kita, maka kenapa seharusnya dirisaukan. Nabi Muhammad saw juga digelar sebagai ahli sihir, orang gila, pemecah belah masyarakat semasa menyampaikan risalah Islam.



Bukankah kita pada hari bertindak sebagai penyambung mata rantai perjuangan, sekiranya pengasas mata rantai ini dicemuh begitu rupa, maka sebagai penyambung perjuangan, itu adalah fitrah yang perlu ditempuh.



Sekiranya keadaan institusi pendidikan agama pada hari ini terus ditekan dan ditekan, maka agama Islam di Islamic Kingdom ini hanya akan ditemui di masjid-masjid dan surau-surau sahaja. Tidak akan ada aplikasinya didalam kehidupan.



Dan ingatlah juga, sesungguhnya Islam itu diperangi kerana musuh-musuh Islam sentiasa menyakini Islam itu akan bangkit semula dan menghapuskan semua kesesatan. Tetapi umat Islam itu sendiri tidak pernah menyakini Islam kerana mereka sering mencari penyelesaian selain daripada Islam. Justeru, Islam menjadi lemah kerana kesilapan umat Islam sendiri.



Wallahua'lam.

--- --- --- --- --- --- --- --- ---

Replying to:

boleh tak tolong berikan pendapat mengenai keberkesanan pendidikan berteraskan al-quran masa kini jika nak di bandingkan dengan masa lampau(zaman rasulullah dan sahabat)