Return to Website

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong

Selamat Datang, ke forum agama Laman Web BIST. Awda di alu-alu kan untuk ikut serta dalam forum ini yang hanya di khusus kan berbentuk soal-soal agama sahaja. Sebarang topik yang berkait dengan keganasan, sex, politik atau topik yang keluar dari soal ugama adalah di larang sama sekali. Penyebaran agama lain atau bukan ahli sunnah waljamaah di larang keras sama sekali. www.sengkarai.com

Forum Agama Balai Ibadat Kg Sengkarai Tutong
Start a New Topic 
Author
Comment
View Entire Thread
Re: Re: Kekeliruan perbezaan Shi`ah dan Sunni



halo q mau nanya apa yang dimaksud dgn mazhab

--- --- --- --- --- --- --- --- ---

Replying to:

A'kum, saudara,

Manusia dilengkapi dengan akal supaya dapat bertindak dengan menganalisa persekitaran mereka. Manusia dapat melakukan penyesuian dari pelbagai aspek seperti iklim, keadaan mukabumi, politik, adat dan pelbagai faktor lain. Oleh itu dalam manusia mengadaptasikan diri dengan persekitarannya maka wujudlah berbagai tafsiran serta pandangan yang berbeza antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, perbezaan-perbezaan ini akan menambahkayakan khazanah sejarah manusia itu sendiri.

Berbalik kepada perbezaan syiah dan sunni ini, sebenarnya hanya fenomena psikologi biasa bagi manusia dalam menjaga kepentingan sesuatu golongan. Manusia yang bergelar ulama biasanya ada PENDAPAT dan TAFSIRAN mereka sendiri dan ini akan mengujudkan perbezaan antara imam - iman. (Saya bersetuju dengan beberapa penjelasan saudara penyaram.)

Kewujudan mazhab-mazhab dalam alsunah wal jamaah sendiri menunjukkan perbezaan pendapat antara imam-imam itu sendiri dan kewujudan mazhab-mazhab ini juga adalah selepas kewafatan nabi Muhammad SAW. Jadi sebagai manusia mereka berhak menyuarakan pendapat mereka tetapi tidak berhak untuk menghukum manusia lain yang tidak bersetuju dengan pendapat mereka.

Mengakafirkan mereka yang bermazhab lain adalah suatu tindakan yang tidak wajar. Sebagai manusia kita haruslah menghormati manusia yang lain tidak kira apa mazhab mereka mahupun agama mereka.

Menjadikan perbezaan pendapat sebagai suatu aras untuk meningkatkan permusuhan adalah tidak sihat dan amat mendukacitakan. Apa yang kita dapat lihat pada hari ini, umat Islam berjaya dipermainkan oleh AS dan Yahudi atas sentimen-sentimen yang wujud dalam Islam itu sendiri sehinggakan perkataan JIHAD itu sendiri di salah gunakan oleh mereka dan menghasut kumpulan-kumpulan militan Islam untuk melakukan jenayah kemanusiaan dan akhirnya umat Islam menjadi terhina oleh sentimen mereka sendiri.

Kekalutan ini adalah suatu perkara yang diwujudkan dari dalam Islam itu sendiri oleh ulam-ulama itu sendiri dan kesempata ini diambil oleh AS dan Yahudi untuk menginjak-injak umat Islam.

Sebenarnya solusi bagi perkara ini adalah mudah, KEMBALI KEPADA ALQURAN, kerana ALQURAN adalah pokok yang teguh perkasa manakala hadis adalah dahan dan mazhab-mazhab adalah rantingnya. Jika berlaku ribut saya cadangkan supaya berpaut pada batang pohon bukan pada dahan atau ranting yang belum tentu bertahannya (kebenarannya).

W'slam.